Wednesday, September 2, 2009

Kandungan Blog dalam Bahasa Melayu

Untuk pertama kalinya, saya telah "dipaksa" oleh rakan-rakan untuk menulis blog dalam Bahasa Melayu (saya tidak rasa seperti dipaksa, malah berasakan sudah sampai masanya untuk menulis dalam dwi-bahasa). Pada sesetengah orang, peralihan penggunaan bahasa, terutamanya dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu, merupakan satu penurunan tahap (atau dalam Bahasa Inggerisnya; degradation of standard). Namun saya tidak merasakan begitu.

Saya adalah orang Melayu, yang dilahirkan dalam keluarga campuran Melayu-Jawa, menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara, dan berpegang teguh pada Islam. Jadi, tidak salah untuk saya terus menggunakan Bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa Melayu di dalam blog saya adalah bertujuan untuk memudahkan rakan-rakan membaca dan memberikan komen dalam blog saya.

Saya tidak mempunyai pengikut (blog follower), namun ada ahli keluarga dan rakan yang sudi melawat dan membaca tulisan (posting) saya di blog. Mereka tidak memberikan komen secara bertaip, namun mereka memberikan cadangan dalam bentuk lisan, yang mana saya fikirkan lebih berkesan, kerana tidak menggunakan kertas sebagai perantara.

Saya lebih suka mengatakan yang saya tidak boleh, dan tidak akan lari dari Bahasa Inggeris. Ini kerana saya dikelilingi oleh individu dan media yang menggunakan Bahasa Inggeris. Dan penggunaan Bahasa Inggeris adalah salah satu dari aset saya yang terpenting. Semua orang memiliki aset ini, dan ada sesetengah orang Melayu yang lahir dengan aset ini, dan mereka berbangga dengannya.

Ingin saya jelaskan di sini, aset saya yang satu ini telah diperoleh melalui usaha yang tidak kenal penat, dan saya masih cuba untuk memperkaya aset saya ini. Melalui usaha-usaha itulah, baru saya dapat menguasai sesuatu yang panggil aset ini; penguasaan Bahasa Inggeris yang boleh dikatakan "boleh tahan" oleh 99.8% orang Melayu, atau dalam Bahasa Inggerisnya; intermediate level of competency.

Seorang pensyarah saya memberitahu (namanya Manoharan a/l Nalliah), "adalah mudah untuk menguasai. Dan sekali kamu menguasainya, ianya harus dipertahan sampai bila-bila (It's easy to pick-up English. And once you've got it, you have to retain it at all cost).

Saya akan terus menggunakan kedua-dua bahasa, Melayu sebagai bahasa perantara saya, dan Inggeris sebagai aset saya yang perlu dipertahan.

1 comment: